LOKASI : PUTRAJAYA
Mesti korang teringat zaman-zaman sekolah dulu
*kat sekolah ada salesman jual buku cerita.Hari ini bg list,esok mintak duit beli
walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon macam tu jugak
*kat library, budak-budak memang baca buku tapi just tengok gamba je.Bile ade
program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
*RMT kat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pon join RMT.
*pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener kat
tengah-tengah dia.
*main lawan permadam, syg nak guna untuk padam. padahal itu fungsi
sebenar,untuk padam!
*pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada bende berkilat dalam air
tu.
*cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak
penah nampak cikgu pgg pon kat situ.
*bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.
*time pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bile time kaler semua hampeh. ada jugak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, apa la...
*main game 2D. super contra, super mario, street fighter, semua pakai tape.
*jam tgn Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu n cuaca.
*takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...
*balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pun best jugak.Beli semata2 nak
mainan, coklat dia tak makan pun.
*Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat tV bole tembak alien tu...
*Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats,
maskman, Gaban dan macam lagi.
jangan lupa semua ini sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda- benda ini..asyik mengadap tv dengan ps.. kite akan sentiasa berubah,cume asal-usul kite yang permanent. huhu~ini lah baru zaman kita.
ok laa korang layan laa gambar-gambar yang kami shoot






Tiada ulasan:
Catat Ulasan