Isnin, 30 April 2012

Wedding | Mei + miza

Lagi gambar perkahwinan Mei & Miza.Kali ini sy bawak anda semua ke kuala terengganu..Antara negeri pantai timur yg sy pergi..korang layan gambar yg aku tangkap ni dulu.

Pre-Wedding | Ismail + Norzalina

Pre-Wedding | Ismail + Norzalina
Lokasi : Putrajaya
Gambar Oleh : Hazrul
Update dengan gambar2 terbaru pre wedding pasangan dari Seremban, Negeri Sembilan. Terima kasih tak terhingga di ucapkan, kerana memberi kepercayaan kepada saya. 
Untk gambar lain,boleh ke Facebook kami.

Photografi / Graphic Designer
Markeysa S3 Photography
Tel : 0129417464 / 0388614125
Email : markeysas3_photography@yahoo.com
Facebook : http://www.markeysas3_photography@yahoo.com


Khamis, 19 April 2012

Pakej Perkahwinan Katering

Berikut ialah pakej-pakej yang ditawarkan oleh kami di MARKEYSA S3 PHOTOGRAPHY


1. PAKEJ EKONOMI (RM10.00 per pax) 
• Nasi minyak/nasi putih 
• Ayam masak merah 
• Daging masak kicap/itam 
• Acar rampai 
• Sayur/dalca sayur 
• Buah oren/tembikai 
• Minuman cordial 

MENU MAKAN PENGANTIN 

• Ikan sweet sour 
• Udang 
• Puding dll 
( masakan menu pengantin mengikut citarasa pelanggan ) 

TERMASUK 

• Kek pengantin 2 tingkat 
• Hidangan pengantin 
 

2. PAKEJ MEDIUM (RM12.00 per pax) 

• Nasi minyak/nasi putih 
• Ayam masak merah 
• Daging masak kicap/itam 
• Acar rampai 
• Sayur/dalca sayur 
• Buah oren/tembikai 
• Minuman cordial 

MENU MAKAN PENGANTIN 

• Ikan sweet sour 
• Udang 
• Puding dll 
( masakan menu pengantin mengikut citarasa pelanggan ) 


3. PAKEJ EKSKLUSIF (RM 14.00 per pax) 

• Nasi minyak/nasi putih 
• Ayam masak merah 
• Daging masak kicap/itam/kari 
• Sambal sotong 
• Ayam goring berempah 
• Papedom 
• Acar rampai 
• Sayur/dalca sayur 
• Buah oren/tembikai 
• Minuman cordial 


MENU MAKAN PENGANTIN 

• Ikan sweet sour 
• Udang 
• Puding dll 
( masakan menu pengantin mengikut citarasa pelanggan ) 

Ahad, 22 Januari 2012

FAMILY POTRAITURE PROMOSI 2012


Assalammualaikum....

Ni antara ex-client kami yg pernah shoot bsama kami..Mempunyai anak yang comel,bijak dan nakal..Kini kami menjemput anda semua untuk bersama-sama untuk satu sesi fotografi outdoor berkeluarga.Kalau dulunya selepas majlis persandingan anda berdua bersama-sama bergambar outdoor kini kite boleh mengulai kegembiraan itu malah ianya pasti akan lebih hebat dengan adanya anak-anak anda yang comel lote itu.

Promosi ini terbuka kepada sape-sape yang"LIKE" Facebook Pages Friends.markeysa s3 photography 
Apa lagi.." LIKE " la kami sekarang untuk dapat kan promosi dari kami

Dengan harga pengenalan promosi serendah bermula RM249.99 sahaja.kami menjanjikan kegembiraan untuk satu sesi potret outdoor berkeluarga .Promosi sah untuk bulan February sahaja.Hubungi kami seperti dibawah.

Facebook: http://markeysas3_photography@yahoo.com
Blog:http://markeysa.blogspot.com/

cll: hazrul 0129417464
 lilis suriani :0172774705
 Fiqa :0126148496

HAPPY PRE WEDDING

2012 PROMOTION


Promosi 2012 Free Pre Wedding  markeysa s3 photography masih berlangsung .Kami mencari pasanganpertama yang membuat tempahan untuk majlis perkahwinan mereka untuk mane-mane bulan dalam tahun 2012,Mereka akan dapat satu sesi PRE WEDDING OUTDOOR PERCUMA.

Banyak lagi info disini http://www.facebook.com/markeysas3 photography. jangan lupe 'LIKE'

Email: http//www.markeysas3@yahoo.com
Cll: hazrul 0129417464 
      lilis suriani 072774705
      Fiqa 0126148496

Ahad, 15 Januari 2012

PAKEJ MAJLIS PERKAHWINAN & MAJLIS KERAIAN


SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI SERVIS YANG DITAWARKAN
BOLEH MENGHUBUNGI PIHAK MARKEYSA S3 PHOTOGRAPHY
NOMBOR YANG TERTERA

HAZRUL :0129417464
FIQA :0126148496
LILIS SURIANI :0172774705

Sabtu, 14 Januari 2012

KENALI KAMI MARKEYSA S3 PHOTOGRAPHY

Kami mempunyai perbezaan pegalaman,
jantina,tetapi mempunyai
1 impian yang sama dalam dunia 
fotografi...

Pengalaman lah yang banyak mematangkan kite menjadi manusia yang
lebih berjaya dan berguna.SEBAB APA??
sebab manusia ni kebanyakan nya bila dah tersunkur baru dia
akan bangun dan tersedar dan berfikir balik 
macam aku sebelum ni..


Prihatin terhadap kepentingan disiplin,Bijak dan tegas dalam
 membuat keputusan
 serta mempunyai wawasan
 yang jelas dalam apa bidang sekali pun yang aku cuburi


BAKAT PERCUMA

Tidak dinafikan sekarang ni begitu banyak fotografi di luar sana..Tapi bagi kami bertiga..tidak mematah kan semagat kami utk terus memberikan yg terbaik untuk pelangan-pelangan kami.Mungkin ramai yg tak mengenali kami seperti nama-nama besar fotografi di malaysia ni.
Seperti Saiful Nang,yaman ibrahim,Steven Tan dan ramai lagi..Dan perlu di ingat,
malaysia mmg banyak menghasilkan fotografi,tidak kira amatur atau profesinoal.
Tapi sayang,fotografi di malaysia hanya sekadar jaguh di bumi sendiri.Sama ada kita tidak sedar atau enggan melihat sendiri industri fotografi kite masih kerdir kalau nak dibandingkan dng negara-negara lain di dunia seperti Jepun,Australia dan byk lagi..kalau nak ceria tak kan abis..

Kami tahu apa yg kami mahu kan dalam dunia fotografi ni,jadi kami akan melakukan
sesuatu perkerjaan ni dengan lebih baik untuk pelangan-pelangan kami..Kami percaya kalau kite iklas membuat sesuatu dng hati inyallah bjaya..ok sampai sini jee laa..kalau korang kat luar sana perlu kan hikmat kami utk..

==============
MAJLIS PERKAHWINAN
==============
+ Pertunangan
+ Pra-perkahwinan (Pre-wedding)
+ Malam berinai
+ Pernikahan
+ Persandingan
+ Post-perkahwinan (Post-wedding)

================
SESI POTRET (Portraiture)
================
+ Outdoor Portraiture
+ Indoor Portraiture
+ Studio Portraiture

===========
MAJLIS KERAIAN
===========
+ Majlis Hari Lahir
+ Majlis Cukur Jambul / Naik Buaian / Aqiqah
+ Majlis Graduasi / Konvokesyen
+ Majlis Perpisahan / Jamuan Hujung Tahun (Annual Dinner)
+ Majlis Sambutan Ulangtahun Perkahwinan
+ Kelahiran Bayi (Newborn baby)
+ Dll (jika khidmat diperlukan)

HAZRUL :0129417464
LILIS SURIANI :0172774705
FIQA :0126148496

Khamis, 12 Januari 2012

PRE WEDDING

Ismahida Ismail & Syuk
Sabtu,November 5hb,2011


Assalammualakum....
Salam 1 Malaysia,malam ni kita org nak ceriakan dengan korg gambar-gambar tbaru kami..takde laa baru sgt..kira masuk dlm blog ni kira baru laa hihihi...Baru ni kami bkesempatan nak masuk kan gambar Pre Wedding pasangan Ismahida & Syuk,kesibukan dengan tugas-tugas yang telah disusun telah membataskan sedikit ruang masa kita orang untuk blog ni.Ok..kali ni kita orang sertakan beberapa gambar yang ingin kami kongsikan semasa sisi photoshot Pre Wedding utk Ismahida & Syuk..
pasangan ni cukup ceria dan sporting.Sesi ni telah dijalankan di negeri kelahiran mereka berdua utara jelapang padi..korang layan lah gambar yang kami rakamkan detik-detik indah mereka berdua..












PHOTOSHOOT MODEL GAYA BUDAK SEKOLAH

MODEL : LILIS SURIANI & AMIRUL SALLEH
LOKASI : PUTRAJAYA


  Mesti korang teringat zaman-zaman sekolah dulu
*kat sekolah ada salesman jual buku cerita.Hari ini bg list,esok mintak duit beli 
  walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon  macam tu jugak
*kat library, budak-budak memang baca buku tapi just tengok gamba je.Bile ade
  program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
*RMT kat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pon join RMT.

*pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener kat 
 tengah-tengah dia.
*main lawan permadam, syg nak guna untuk padam. padahal itu fungsi
 sebenar,untuk padam!
*pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada bende berkilat dalam air   
 tu.
*cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak 
 penah nampak cikgu pgg pon kat situ.
*bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.
*time pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bile time kaler semua hampeh. ada jugak
 buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, apa la...
*main game 2D. super contra, super mario, street fighter, semua pakai tape.
*jam tgn Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu n cuaca.
*takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...
*balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pun best jugak.Beli semata2 nak
 mainan, coklat dia tak makan pun.
*Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat tV bole tembak alien tu...
*Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, 
 maskman, Gaban dan macam lagi.
 jangan lupa semua ini sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda-        benda ini..asyik mengadap tv dengan ps.. kite akan sentiasa berubah,cume asal-usul       kite yang permanent. huhu~ini lah baru zaman kita.
 ok laa korang layan laa gambar-gambar yang kami shoot  


















CONVOCATION 2011

Talent : Syaz Wani
Lokasi: Putrajaya


Melihat orang convo terasa best. Lagi-lagi bab memilih nak membeli bunga. Rambang mata. Nak ini. Eh nak itu. Eh ini. Eh itu. Semangat sungguh. Dulu masa budak-budak markeysa s3 photography convo, dapat bunga kecil je. korg pun tak tahu kenapa yang jual-jual bunga dekat luar dewan semua jenis sekuntum mawar merah. HiHiHiHiH..apa-apa pun korg layan gambar yang dihasil kan budak2 markeysa s3 photography..sape2 yg nak shoot dng kami..contact jee kami..kami alu2 kan.



Photography :Hazrul
Editing: Hazrul

Rabu, 11 Januari 2012

Ekslusif | Aksi Model-Model Jelita

   MODEL PHOTOSHOOT

   LILIS SURIANI
     Rabu, November 9nd, 2011





     
        MIERA JAAFAR
    Isnin,December 26nd,2011


      


        EMY IMIRZA ISKANDAR
     Khamis,December 15nd,2011

   



Assalamualaikum......
Sekejap je dah hari Rabukan.Masa tinggalkan kita tanpa menghiraukan kita menuju berjumpa tuhan.Halamak tetiba terpuitis.  Bukan puitis kosong-kosong tau.  Bila fikir balik memang kalau nak ikutkan kita belum bersediapun untuk berjumpa pencipta tapi masa tak bagi peluang untuk kita betulkan keadaan kita.Masa laju tinggalkan kita.  Semalam masa balik dari kerja aku terdengar single terbaru Malique.  Mamat ni memang saya punya idola dalam bermadah.  Dia punya lirik bukan junk tapi ada mesej.  Pernah dengar lagu Aku Maafkan Kamu?  Kalau belum aku bagi korang dengar dulu..

                                    
Amacam best tak? Lirik dia memang dalam tapi bagi aku mungkin aku faham sikit. Apa? Tak dapat catch up lirik… Ok saya bagi lirik jugak..
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
So puas?  Siap lirik aku bagi korang.  Ada something yang Malique nak sampaikan dalam lirik ni.  Serius lirik dia memang ada kene mengena dengan perjalan hidup aku dulu.  Jumpa macam-macam orang yang sebenarnya sama jahil macam saya tapi tunjuk depa bagus dan kononnya tau segala.  Tau nasihat orang tapi diri sendiri pun tak betul.  Hukum orang atas kesalahan orang tu tapi bila dia buat salah takde siapa berani nak bersuara dan bila ada orang bersuara maka ‘padam’ lah orang tu.  Macam yang ada dalam lirik ni :
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Dalam sebenarnya potongan lirik ni.  Bila orang yang jahil duduk ditakhta maka kita confirm kena tindas.  Tapi itu cerita dulu.  Lupakan segala isyarat lupakan segala pantun sekarang aku aman tanpa ikatan yang telah bikin hidup jadi sasar.  Apa-apapun Aku Maafkan Kamu

Selasa, 10 Januari 2012

Contoh Castom Album

Castom Album Dan Sticky Album Perkahwinan 
Dari Markeysa S3 Photography


                           Ramai yang bertanyakan tentang album castom kami,jenisnya dan
                           kualitinya.Untuk makluman,terdapat perbagai jenis serta kualiti
                           yang boleh anda pilih.




                           Castom / storybook album perkahwinan
                            
                           Ada pelbagai nama untuk album jenis ini,tapi yang popular
                           ialah storybook album & castom album.Ia adalah album
                           yang unik dan dipenuhi dengan gambar pengantin disertakan
                           dengan beberapa artowork yang tertentu.


                           Gambar selalunya disusun secara digital mengikut aturcara 
                           majlis dari nikah sehinggalah persadingan.Sebab itu dipanggil
                           storybook album.Kemudian ia dicetak menggunakan paper 
                           board yang tebal,sama seperti sebuah buku yang tebal.
   
                           Gambar pula dilustrasukan secara warna warni mengikut
                           photography atau pun designer album.Jadi setiap album
                           tak akan sama dari hasil serta artoworknya..Unik dan berbeza


                           Untuk Castom Album
                    
                           Album jenis ini jugak ada perbagai jenis dari leather,crystal,kayu dan 
                           juga yang standard.Malah album ini juga didatangkan dengan 
                           pelbagai saiz dari 8 inci ke 15 inci. Ada beberapa perkara yang 
                           menentukan harga album ini antaranya ilah upah designer@artowork,
                           jernis album,saiz album serta kos printing.inilah yang menentukan
                           perbezaan harga setiap castom album dipasaran.


                           Trend sekarang lebih kepada castom album ini kerana ia lebih
                           tahan lama, serta kemasan dan ketahanannya yang lebih
                           berbanding album lain. Keunikannya datang dari designer dan
                           artowork serta gambar yang cantik.
                           


                           Untuk Sticky Album




                      Apa itu Sticky Album?


                     Sejenis album eksklusif dengan material berkualiti tinggi. Foto-foto akan dicetak
                     di atas kertas gambar ( Glossy paper) berukuran 4R dan disusun meliputi
                     ‘sticky area’ (muka surat bergam) pada setiap helaian album ini yang telah 
                     tersedia.


                     *Album ini adalah ‘ready made’.


                      Apa kelebihannya?


                      Ia amat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah/sederhana dan
                      sudah memadai untuk mengabdikan kenangan-kenangan indah anda.
                      Perlu diambil perhatian bahawa mutunya sedikit rendah jika dibandingkan
                      dengan Custom Album yang jauh lebih mahal.


                      Bagaimana menjaganya?


                      Ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit tetapi hanya perlu dijauhkan dari
                      tempat yang berhaba tinggi seperti diatas peti sejuk, di atas komputer dan 
                      sebagainya. Elakkan juga meninggalkannya di dalam kereta sewaktu cuaca 
                      panas terik kerana material yang digunakan sensitif kepada haba dan 
                      kepanasan.


                      Apa saya dapat jika memiliki Sticky Album?


                      Kepuasan. Jika anda mengimpikan perkahwinan seindah bintang terkenal,
                      kini masanya untuk anda mendapatkan sebuah Sticky Album agar foto-foto 
                      indah anda bersama suami/isteri diabadikan dalam sebuah hasil seni dari
                      MARKEYSA S3 PHOTOGRAPHY